Wednesday, April 21, 2010

Buah Engkalak

Nama saintifik bagi buah engkala ini adalah Litsea garciae dan ianya satu famili dengan buah avocado. Buah ini pada kebiasaanya akan keluar pada dahan-dahan kecil. Buah engkala muda bewarna hijau dan apabila masak akan menjadi merah. Diketahui, Buah ini sememangnya banyak terdapat di Sarawak dan ada dijual di pasar-pasar tamu/tani. Tak tahulah samada di Semenanjung ada ditanam pokok ini ataupun tidak.




Cara untuk memakan buah ini- Buah perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5-10 minit. Kemudian boleh ditambah sedikit garam untuk mengenakkan lagi rasanya. Isinya lembut dan dikatakan hampir sama dengan buah avocado.



Anda pernah melihat atau mencubanya? Mungkin anda yang berasal dari Sarawak boleh kongsikan sedikit rahsia mengenai buah ini..

SUMBER: http://www.fazlisyam.com/
P/S: Setiap artikel yang disiarkan telah diubahsuai mengikut keadaan.

No comments:

Post a Comment