Wednesday, April 21, 2010

Air Kelapa



Air kelapa bukan sekadar penghilang dahaga tetapi banyak lagi kegunaan lain yang mungkin ramai generasi muda yang tidak tahu.

Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak yang mungkin anda sendiri penah laluinya. Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.





Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena juga boleh diminum sebagai pelawas kencing . Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi.

Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan boleh diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.

Jika anda mempunyai amalan atau petua dari air kelapa, boleh kongsikan serba sedikit untuk kebaikan kita bersama..

SUMBER: www.fazlisyam.com
P/S: Setiap artikel yang disiarkan telah diubahsuai mengikut keadaan.

No comments:

Post a Comment