Wednesday, April 21, 2010

BUAH MARKISA




Pernahkah anda merasai jus buah Markisa? Atau anda masih belum mengenali rupa buah Markisa yang sebenarnya.


Markisa merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dan merupakan buah-buahan jenis beri. Ia mempunyai perikarp tebal dengan kulit seperti cangkerang yang rapuh. Buah markisa mempunyai biji yang banyak.


Di Malaysia terdapat 2 jenis markisa yang diusahakan, iaitu markisa yang mempunyai buah yang berwarna ungu dan buah yang bewarna kuning. Di percayai buah yang bewarna ungu mempunyai rasa yang masam. Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah dan dimasak sebagai sayur, manakala markisa kuning sesuai dijadikan jus. Kulit buah markisa juga dikatakan boleh djadikan makanan ternakan.


Kegunaan lain pokok atau buah ini, masih kurang banyak diketahui. Jika ada kajian lain mengenai buah ini yang anda ketahui diharaplah kongsikan bersama. Pada yang pernah menanam pokok buah ini atau pada yang biasa makan buah ini, diharap dapat kongsikan pengalaman anda disini..

SUMBER:www.fazlisyam.com
P/S: Setiap artikel yang disiarkan telah diubahsuai mengikut keadaan.

No comments:

Post a Comment